Bingung

Ini adalah percubaan saya untuk menulis dalam bahasa melayu. Boleh dikatakan agak mencabar untuk saya mengarang kerana tidak biasa atau sudah terlalu lama tidak menulis dalam bahasa melayu yang sempurna (bukan bahasa pasar). Bahasa inggeris saya pun bukannya sempurna tapi sebab sudah menjadi kebiasaan jadi terasa mudah.

Sebenarnya, saya sedang bingung. Bingung memikirkan tapak mana yang paling sesuai untuk saya ber-blog. Buat masa ini saya masih mengekalkan tapak asal saya iaitu farisfakri.com tetapi lama kelamaan ia membuatkan jumlah ruang di dalam domain saya semakin berkurang. Jadi, untuk elakkan daripada berlaku saya rasa mungkin ada baiknya saya hanya menggunakan aplikasi WordPress yang percuma seperti ini dan saya boleh memuat naik gambar atau video seberapa banyak yang saya suka tanpa berasa bimbang tentang jumlah ruang yang saya perlukan. Cuma satu perkara. Ianya bukan domain saya sendiri.

Mungkin saya patut bertanya sebelum membuat keputusan. Pandangan dan pendapat orang lain berbeza-beza jadi daripada situ saya dapat simpulkan apa yang terbaik untuk saya.

@FarisFakri